0

PERMATA HATI

Setiap kali balik bermalam(BBM), ayah lah yang mengambilku pulang dari sekolah. Sepanjang perjalanan, pasti ada saja perbualan yang dibincangkan. Di dalam kereta, aku menceritakan macam-macam pengalaman aku di Seratas, aktiviti aku dengan kawan-kawan, keadaan dan suasana sekolah serta guru-guru, dan berbagai-bagai kisah yang aku rasa menarik. Sebenarnya cerita biasa-biasa saja, tapi ayah tetap sudi dan seronok mendengar. Kemuncak perbualan selalunya aku akan menceritakan pula impian dan perancangan masa depanku kepada ayah.

“Abg chik rasa lepas ni abg chik nak buat bla..bla…bla…”

“Lepas ni, abg chik kena buat bla…bla..bla…”

“Nanti abg chik cadang nak bla..bla…bla…”

Hingga lah tiba di rumah, ayah mendengar cerita aku sambil memberikan respons dan pandangan dari kotak pemikiran dan pengalamannya. Rasanya, ayah orang yang paling banyak mendengar cerita aku. Dia lah insan yang paling arif akan impian, harapan, dan pegangan aku.

Pabila tiba di rumah, lain pula ceritanya. Jarang sekali aku membuka cerita dengan ayah. Mungkin sebab aku jadi sibuk dengan tv, computer, dan henset. Ayah pula kerja sampai pukul 5, pulangnya membaca suratkhabar, mandi, solat maghrib, tengok berita, makan malam, solat isyak, dan tidur. Ya…selalunya itu lah rutin hariannya. Ayah memang suka tidur awal…haha! Kadang2 ada la jugak buka cerita tapi tak lama..kejap je dah habis. Entah mengapa suasana bercerita di dalam rumah terasa amat berbeza dengan bercerita dalam kereta.

Keadaan ini berlanjutan sampai lah aku masuk universiti. Setiap kali balik dari U, macam-macam cerita lagi lah yang aku dengarkan pada ayah.

Aku langsung tak sedar fenomena ini hinggalah beberapa bulan yang lepas. Dan setelah menyedari rutin ini, aku sedikit sebanyak cuba mengubah rutin balik bermalam ini. Kalau dulu dalam kereta aku lah tukang cerita, kini aku bagi peluang untuk ayah aku pula bercerita. Aku akan mulakan perbualan dengan pertanyaan, dan mintak ayah cerita…selalunya kisah-kisah dia di zaman sekolah dia, zaman muda-mudi dan remajanya.

Malah kebelakangan ini, aku suka ajak famili aku keluar ke Taiping utk tengok wayang dan beli barang. Padahal sebenarnya, aku cuma nak spend masa bersembang dengan ayah dalam kereta. Perjalanan satu jam pergi dan satu jam balik, suka aku luangkan dengan mendengar cerita ayah. Pernah jugak aku minta dia ceritakan kehidupannya dengan Tok Wan yang merupakan tentera wataniah dulu. Seronok betul cerita ayah..aku dengar dengan penuh minat sebab bagiku, ayah memang pandai bercerita.

Tapi tika bercerita, ayah tak pernah merintih akan kesusahan yang dilaluinya dalam kehidupan. Berbeza dengan aku, kalau susah sikit aku cerita dengan penuh rintihan pada ayah. Ternyata ayah yang aku sayangi ini begitu sabar dan tabah, ketekunan beliau untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga mengatasi segala-galanya. Ayah lah tokoh pejuang sebenar dalam hidup aku.

Hakikatnya, kereta Wira kaler biru gelap itu menyimpan seribu satu memori cerita aku dengan ayah. Begitu juga dengan kereta ViVa kaler hitam itu, yang menyimpan seribu satu memori bicara ayah dengan aku.

Berbeza pula ceritanya dengan mak aku. Kalau ayah banyak mengetahui pasal impianku, mak pulak orang yang paling memahami perangai, sikap, dan habit aku. Aku pun tak paham kuasa seorang ibu, tapi mak dapat membaca perasaanku dari setiap reaksi dan perbuatanku dengan tepat. Kalau aku sedih, mak akan tahu walaupun aku cuba menyembunyikan kesedihan aku. Takde lah mak cakap “Mak tau abg chik tengah bersedih…”, tapi dia tiba-tiba menunjukkan reaksi simpati dan cuba mencadangkan bantuan.

Malah kalau aku ragu-ragu pun, mak akan tahu walaupun aku buat biasa-biasa saja. Mak tahu perangai aku bila aku suka pada something, perangai aku bila aku boring pada something, perangai aku bila aku nak buat apa-apa pun. Termasuk lah bila aku tidur, dia tahu sarung bantal yg aku guna akan terkeluar lepas aku tidur. Aku tak pernah sedar pun selama, mak yang bagitau beberapa bulan yg lepas.Sekarang setiap kali sarung bantal terkeluar, mesti aku teringat kata-kata mak dan kadang-kadang aku cuba masukkannya balik..haha!

Di rumah, mak suka tengok cerita dan suka juga bercerita. Sambil tengok tv, mak selalu jugak berbual dengan aku. Mula-mula bila aku balik bermalam mak akan tanya pasal keadaan aku di sekolah/universiti, then bila aku dah habis cerita mak pulak akan bukak ceritanya. Ketika itu selalunya ayah dah tidur. Mak aku tidur standard pukul 12 malam, ayah aku jangan cakap lah…pukul 10 lebih dah tidur. Sebelum dia tidur tu lah mak berbual dengan aku, kadang-kadang sambil mak lipat kain.

Kebelakangan ini, mak selalu ceritakan pasal masalah keluarga adik-beradiknya. Rupa-rupanya banyak jugak masalah dalam family adik-beradik aku..terutamanya dari segi kewangan. Mak percayakan aku untuk menyimpan sebahagian kisah rahsia keluarga, kepercayaan itu aku pegang seerat-eratnya. Mungkin mak dah tahu aku sudah cukup matang untuk mendengar, dan aku dapat rasakan harapan mak aku untuk aku mengubah nasib serta keadaan kewangan keseluruhan keluarga aku ini.

Mak yang aku sayangi ini sentiasa memberikan pengajaran dan peringatan di mana sahaja aku berada. Aku memang banyak travel ke tempat-tempat orang, dan setiap kali aku travel, mak suka mengingatkan aku untuk jaga diri serta jaga disiplin diri. Kalau aku bwk kete, mak akan pesan utk berhati-hati di jalan raya.

“ok hati2 di jln raya jaga maruah dan disiplin diri”

Begitu lah mesejnya, cukup ringkas dan padat. Keseluruhannya, pengajaran dan peringatan mak sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala otak aku.

Aku tahu benda-benda yang aku cerita dalam post ni benda-benda biasa saja. Takdak apa yang istimewa sangat pun dalam post ini. Orang lain yang ada ibu bapa pun, lagi banyak kisah-kisah seronok mereka. Namun bagi aku, kisah-kisah tak istimewa ini lah yang menyerikan hidup aku selama ini. Benda-benda kecik ini lah yang memainkan peranan besaq dalam kehidupan aku.

Setiap saat setiap detik aku luangkan bersama mak dan ayah, semuanya adalah saat dan detik yang istimewa dalam hidup aku.

Oh ayah dan mak,

Dikaulah permata hatiku. Terima kasih atas segala cinta dan belai kasih sayang yang dikau curahkan. Ampun dan maaf aku pinta, atas segala kesalahan dan kesusahan yang aku akibatkan. Aku doakan dikau bahagia dan terpelihara dalam lindungan Allah. Walau jarang aku ucapkan, ketahuilah bahawa aku benar-benar menyayangi dikau. Aku pohon restumu untukku untuk mengiringi perjuangan aku. Sebagai azimat perjuangan, sebagai cahaya kehidupan.

0 comments:

Rakan Belog

Back to Top