Kehilangan tak semestinya bermaksud penutup. Ia boleh jadi suatu permulaan. Kalau tempat lama dah begitu tercemar dan tak dapat dipulihkan lagi, apa salahnya membina tempat yang baru. Bukan bermakna seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya ia merupakan sebuah interpretasi atas apa yang sudah terjadi dalam kisah lama, memanfaatkan segala pengajaran dan pedoman lalu membentuk sebuah kisah baru. Sesungguhnya kalau tiada yang lama, maka tiada jugalah yang baru.
20 tahun, merupakan suatu jangka masa hidup yang panjang. Dah tentu terlalu banyak kisah suka duka sepanjang perjalanan hidup tersebut. Namun, kisah manakah yang benar-benar bermakna? Semuanya? Atau tiada satu pun yang berguna? Terfikir juga apa bakti dan sumbangan sepanjang menghirup oksigen kurniaanNya. Benar kata orang hidup ini memang satu ujian, dan manusia hidup memang untuk diuji. Lain orang lain ujiannya.
Selalu kita berazam, tapi selalu jugak kita tewas dan tumpas. Selalu kita bercakap megah, tapi amat sedikit kita bertindak. Selalu kita berjanji, tapi kadangkala kita memungkiri tanpa kita sedari. Hakikatnya semua orang nak syurga, semua orang nak berjaya, tapi macam yang aku cakap tadi, manusia hidup dengan diuji, kalau gagal maka macam mana nak masuk syurga atau berjaya?
Mujur Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi. Walau kita gagal berkali-kali, walau kita gagal berjuta-juta kali, masih Dia Yang Maha Esa berikan peluang untuk kita. Orang kata everybody deserves a second chance. Tapi hakikatnya Allah SWT dah berikan kita beribu-ribu peluang yang tak terkira banyaknya untuk kita. Renung saja mata, hidung, telinga, tangan, gigi, kaki, dan segala yang ada di sekeliling kita. Adakah kita masih belum sedar?
Tak salah untuk meraikan betapa lama kau hidup, tapi jangan lupa untuk jadikan ulangtahun itu sebagai satu introspeksi dan muhasabah sedalam-dalamnya untuk manfaat kau di akhirat. Bukannya setakat compare sambutan mana lagi best, tahun ni atau tahun lepas atau dua tahun lepas, sebaliknya tambahkan lagi comparison sebanyak mana dosa kau dah buat. Adakah tahun ini kau muslim cemerlang, atau muslim yang rugi, atau kau sebenarnya muslim yang celaka? Fikir-fikirkanlah. Semoga kita semua diberikan hidayah ke jalanNya.
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow.

Posted by

0 comments:
Post a Comment