Suatu ketika umur aku dlm 10-12 tahun aku pernah berkhayal dan berangan; "Besar nanti aku taknak lambat, time muda2 lagi aku nak hidup senang kacak bergaya, kereta mewah, kaya-raya murah hati dikenali ramai, bebas masa dan bahagia bersama insan tersayang."
Namun hampir 20 tahun aku hidup, aku tak nampak macam mana nak jadikan angan-angan tu jadi kenyataan. Dari sekolah rendah, masuk SERATAS dari form 1 hingga time form 4, amek kos teknikal sampai SPM, masuk UTP pulak dengan kos chemical engineering. Semuanya kabur dan mengaburi segenap angan-angan aku tu. Tak logik lah nak dapatkan kebebasan kewangan dan kebebasan masa dengan jadi engineer. Kan? Mungkin angan-angan aku tu hanya kekal jadi mimpi semata-mata.
But deep inside I believe there's a way, I just haven't seen it yet!
Saat terima tawaran masuk UTP dulu, hati aku sangat-sangatlah confuse sama ada nak pergi atau pun tak. Sebenarnya 75% dari hati aku mengatakan tak payah masuk UTP. Ikutkan hati memang aku tak masuk. Tapi aku still confuse betul ke keputusan aku utk reject offer UTP? Bukan apa sejak masuk SERATAS aku terbakar tengok senior2 aku yg berjaya SPM semuanya pergi ke overseas. Aku pun nak jugak ke oversea, UK ke Australia ke Canada ke, mana-manalah janji jangan Asia...hahaha! By the way, mak, ayah, dan abang aku je taw kepeningan aku time tu.
Tapi setelah 3 kali aku solat istikharah, hasilnya lebih terdorong nak terima offer masuk UTP. Buat sekali pun cukup dah sepatutnya tapi aku macam tak boleh nak terima sebab tu aku buat tiga kali. Haha! Dah 3 kali solat semua result sama, aku takdak pilihan lain lagi selain daripada percaya pada Allah semata-mata. Pasti ada hikmah dan perancangan yang Dia dah tentukan untuk aku.
Dan kini, pada saat ini, baru aku nampak. Baru aku faham kenapa masuk UTP bukanlah suatu kesilapan. Sebaliknya suatu keputusan tepat dan suatu rahmat yang tak ternilai harganya bagi aku. Terima kasih, ya Allah. Aku langsung tak pernah menyangka hidup aku akan jadi macam ni. Aku sangat-sangat tak menyangka aku akan menjadi apa yang aku jadi hari ni. I never expected that and at one second, I almost can't believe it! Syukur Alhamdulillah!
Apa yang aku angankan semakin jelas dan impian itu semakin cerah harapannya.
Aku sedar saat ini bukanlah suatu kejayaan pun, jauh sekali sebab perjalanannya masih jauh dan berliku-liku. Namun rasanya tak salah untuk kita panjatkan kesyukuran dengan apa yang kita ada dan dah dapat sekarang kan? Bersyukur dengan segala apa yang kita ada. Cuma ramai yang terlepas pandang konsep bersyukur yang sebenar. Segala apa yang kita ada adalah untuk digunakan pada arah yang bermanfaat, bukan sekadar ucap 'Alhamdulillah' semata-mata. Dan lebih tinggi nilai syukur itu pabila kita gunakan segala nikmat yang diberikan ke jalan kebaikan moga-moga diredhaiNya.
Ya, sesungguhnya matlamat utama perjuangan hidup ini cuma satu-keredhaan Allah. Kerana hanya dengan keredhaanNya lah segala perjuangan kita berbaloi utk menjadi bekalan ke akhirat kelak. Perjalanan sebenarnya masih panjang dan ia menagih seribu pengorbanan. Dan hakikatnya;
Aku tak nafikan banyak kerenah suka duka dan birokrasi yang berlaku. Mana boleh senang-senang nak jadi kaya. Seriously tak boleh, melainkan dengan kehendakNya. Tapi aku sedia maklum Allah itu Maha Adil. Apa guna kesenangan dan kekayaan kalau dalam hati rasa takbur dan bongkak? Apa guna duit banyak kalau banyaknya duit2 tu pergi ke jalan-jalan maksiat? Apa guna kaya kalau perangai nak macam Firaun dan Qarun? Sebab tu apa yang perlu diperjuangkan hari ini bukan duit semata-mata.
Baiklah setakat ni je perkongsian dari aku. Moga-moga impian aku tu tercapai lah, begitu jugak aku doakan untuk impian saudara mara sahabat handai yang hidup kat dunia ni. Terima kasih banyak2 kat mak dan ayah, sebenarnya merekalah tunjang dan tunggak kepada perjuangan ni. Kawan-kawan aku yang lain pon, semoga berjaya!
P/s: Aah memang dah lama aku tak update blog. Something BIG is coming guys! You just wait and see. Thank you.

Posted by

1 comments:
Part hensem, ada kereta, ada makwe tu..dah tercapai rasanya. Kira ok la tuh. HAHA
Post a Comment