Jauh perjalanan luas pemandangan. Benar pepatah ini. Walaupun tak berapa jauh, I see and I realize a lot…about places, tradition, and the people itself. Dunia ini sungguh luas dan unik. Bermacam-macam ragam manusia. Kawan dan keluarga. Hampir semua mencari sang gembira.
Namun walau kita sentiasa inginkan perjalanan yang lurus, kita tak pernah benar-benar pergi ke jalan yang lurus. Kita hanya ditunjukkan jalan tanpa kita sedari , namun dalam membuat pilihan jalan mana yang harus kita pilih sudah tentu banyak ujian dan banyak dugaan yang membuatkan kita ragu-ragu mana satu jalan yang betul-betul lurus. Dan akhirnya perjalanan kita tak pernah lurus tetapi bengkang bengkok macam ular kena palu, kadangkala elok jalannya dan kadangkala berlopak-lopak.
Inilah yang disinonimkan dengan quote “We never get what we wanted, but we always get what we needed.”
Kerana setiap licin dan setiap lopak di jalan ada hikmahnya. Setiap cabaran dan dugaan itu mengajar kita pelbagai pengajaran. Moral that can only be felt by experience. Tak kira menang atau kalah, cepat atau lambat, betul atau silap, segalanya membawa maksud tersendiri. Itulah lumrah setiap perjuangan.
Look back, and think!
Adakah kita cukup ikhlas dalam berjuang? Untuk apa dan untuk siapa kita berlawan? Apa yang kita cari sebenarnya? Benarkah kita cukup-cukup mahu atau sekadar sambil lewa?
Adakah hanya semata-mata orang kata “berhenti lah!” , bermakna kita perlu give up dan betul-betul berhenti berjuang?
Lantas bermuhasabahlah dan sentiasa introspeksi mencari kekuatan dalam kesabaran. Apa yang kita usahakan tak pernah dan takkan pernah cukup. Pasti ada ruang untuk perbaiki kelemahan dan perkuatkan kelebihan. Memang ada yang perlu berhenti..tetapi bukan perjuangan kita, tetapi apa yang perlu dihentikan adalah segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan. Improve and strive again all-out for the best! Orang lain TIDAK boleh tentukan takdir kita. A quitter never wins, and a winner never quits.
Posted by



4 comments:
nice post lan :)
lama tak tengok update blog hang. HAHA
best2..
faiz>>tq..hehe biase ar bizi skit skang ni..
anon@hazim>>haha ada blog rupanya ang ni..
Post a Comment