0

KEMISKINAN PUNCA KEKUFURAN

Kita hidup sebagai manusia. Manusia itu diturunkan ke muka bumi sbg khalifah. Tugas sebagai khalifah ialah untuk mentadbir bumi indah kurniaan Allah. Dan suatu realiti tugas khalifah itu bukanlah mudah, namun penuh dengan pelbagai dugaan dan fatamorgana dunia.

Secara spesifik, hari ini kita melihat dan merasa bumi bukan lagi sebuah tempat yang indah. Bumi sudah kacau bilau….hasil tangan manusia juga! Ini kesedaran asas yang perlu ada pada setiap insan. Jika anda tidak punyai kesedaran ini, sy berani katakan anda seorang yang mementingkan diri yakni hidup anda di dunia ini hanya mengutamakan diri sendiri semata-mata. Individual-oriented life mungkin istilah yang tepat.

Serius! Tepuk dada tanya selera! Adakah selama ini kita hanya memikirkan tentang diri kita semata-mata, atau sekadar keluarga kecil kita semata-mata? Benak fikiran dan wadah usaha kita selama ini, adakah hanya disalurkan untuk kebahagiaan diri sendiri? Kita terlalu sibuk stadi untuk mendapatkan result yang baik, terlalu asyik bercinta dengan awek/pakwe yang cantik, terlalu leka dengan keseronokan dunia seperti televisyen, movie, drama korea, dan sebagainya.

Sehingga kita lupa pada tanggungjawab kita pada bumi. Sehingga kita lupa pada tanggungjawab kita pada masyarakat sekeliling. Sehingga kita lupa pada tanggungjawab kita pada agama dan bangsa kita sendiri! Kawan dan teman, sedarilah! Inilah yang berlaku ketika kita asyik dan leka dengan kehidupan yang berorientasikan kepentingan diri semata-mata.


Aku klasifikasikan reaksi pembaca kpd tiga golongan.

Golongan 1 : Tak rasa terbakar. Tak rasa apa-apa pun. The post shows nothing!

Hmm..aku taknak kata banyak pasal golongan pertama. Bagiku ada dua sebab mengapa dia jadi begitu. Pertama, cara penyampaianku tak cukup baik untuk menyentuh sensitivitinya. Kedua, hatinya telah mati. Mohon Allah berikan petunjuk yang terbaik untuk dirinya dan juga diriku dalam perjalanan sebagai khalifah di muka bumi.

Golongan 2 : Rasa sedikit terbakar, sedikit sensitif. Namun setelah membaca post ini, dia terus duduk diam and do nothing to change this thing. Dia sedar akan konflik yang berlaku dalam dunia, tetapi dia memilih untuk duduk diam dan bertindak neutral. Alasan biasa mengatakan dirinya tak ada kemampuan, tak ada daya. Tak berani bertindak, takut dan pengecut. Dia tahu dirinya cuma watak kecil, dan jiwanya juga lebih kecil.

Golongan 3 : Rasa terbakar, dan hatinya penuh dengan keazaman untuk mengubah situasi tersebut. Sensitiviti kemanusiaan dalam dirinya telah tersentuh. Terpaku sebuah kesedaran dan kesungguhan untuk berusaha melakukan yang terbaik demi bumi, agama, bangsa, dan masyarakat terlibat. Setelah sedar akan situasi ini, serta-merta terus dicari wadah perjuangan terbaik sebagai solusi terhadap konflikn dunia. Biar dirinya watak kecil, tetapi jiwanya besar!

Tanya secara jujur pada diri anda, anda berada dalam golongan yang mana?

Aku yakin dan pasti, kebanyakan dari kita memilih untuk menjadi golongan kedua (atau pertama). Hanya segelintir sahaja memilih untuk menjadi golongan ketiga! Dek kerana menyedari perjuangan bagi golongan ketiga itu ternyata susah, sukar dan penuh dengan halangan dan kepayahan.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
Justeru, wajarkah kita sebagai manusia berputus asa dan lari daripada tanggungjawab sebagai seorang khalifah?

.....Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."

-Surah AzZumar, Ayat 10


Ingatlah, para pejuang! Di sebalik dugaan dan cabaran itu, terselit suatu ganjaran istimewa dari Maha Pencipta. Di sebalik kesedihan dan kesusahan itu, bakal terserlah suatu kegembiraan dan kebahagiaan di sampingNya. Sebuah hadiah, sebuah perasaan, sebuah jiwa yang suci,murni dan tidak tertanding dengan suatu perkara pun di dunia fana ini.


0 comments:

Rakan Belog

Back to Top