0

HOME-SHARING


Kembali berada di rumah untuk beraya. Sekejap saje dah cuti....dah sebulan lebih masa berlalu. Kali ini pulang dari Tronoh ke Kamunting dgn kereta Proton Wira, dan dari Kamunting ke Selama dgn the new ViVa pulak. Hehe...seronok jugak rasanya naik kereta baru. (Padahal takdap apa yg bes pon...biasa2 je!)

Previously struggle dengan Test 1. Subjek IMSE(Introduction To Material Science), Structured Programming, Fluid Mechanics, dan Arabic Communication(Oral Test). Komen...em boleh buat! Cuma Fluid Mechanics aje yg susah dan menyusahkan. Sepatutnya ok je FM, tapi mungkin aku yg malas buat latihan sebelum ni...haha! Oral Test Arab pulak paling best. Sekejap je, dan mudah! Teringat balik memori belajar Arab dengan Ustazah Fatihah di Seratas dulu...hehe! Anyway, academic life aku is on the right track now. Hopefully dapat result yg gempak nanti. Yeah!!

Hari ni nak share satu video klip aku terjumpa di Youtube. Watch and learn!

Ahaks! Fokus pasal gambarajah 4 fasa tu. Menarik kan? Pastinya hari ini ramai yg tak sedar hal ini. Terutamanya golongan student macam aku....sibuk belajaq, sibuk ber-event, sibuk ber-movie/ber-drama dan sibuk maen game. Minda kita mostly diisi dgn benda-benda ini lah kan...manalah nak terfikir pasal perkara crucial seperti perniagaan ni,kan? Mujurlah hari ini aku berjaya keluar dari kepompong 'sekatan minda' tersebut. Taklah keluar sepenuhnya lagi, tapi at least aku sedang bergerak dan berusaha membebaskan diri ke arah masa depan yang lebih cerah...insyaAllah!
*********************************************
Oraito sampai sini saja. Minggu depan nak raya. Bulan puasa dah hampir tamat. Entah cukup entah tidak amalan kita dalam Ramadhan. Sekadar pesanan dan peringatan utk aku dan rakan-rakan, muhasabah lah diri sendiri. Kalau rasa tak cukup, tingkatkan amalan...tambah-tambah 10 malam terakhir ini mungkin salah satunya malam Lailatul-Qadar. Beruntung sgt bagi sesiapa yang mendapatnya. Apa yg penting, beramal kerana Allah. Sesungguhnya kasih dan rahmat Allah itu melebihi segala-galanya. (^_^)
p/s: currently, I am also enjoying The Arrivals and The Wake Up Project too! Memang seronok dan mengagumkan. I guess this is the most recommended video for you to watch!

0 comments:

Rakan Belog

Back to Top