3

GEMBIRA VS SERONOK

Gembira itu satu situasi yang berbeza dengan seronok.Pendapat aku, gembira is meant for life, but seronok is meant for moments. Seronok itu boleh diterjemahkan dengan gelak tawa dan riang girang, namun gembira hanya mampu diterjemahkan dengan hati. Seorang insan misalnya, mungkin sedang seronok pada suatu ketika..tetapi untuk mengatakan dia gembira dalam hidupnya itu belum pasti.

Tak percaya cuba fikirkan mereka yang suka pergi disco atau pusat-pusat hiburan. Mereka mungkin seronok ketika mereka sedang asyik berhibur, tetapi adakah mereka gembira dalam hidup mereka? Ada yang ya ada yang tidak. Segelintir mereka ada banyak masalah dalam hidup seperti masalah keluarga, masalah kerja, masalah sekolah, masalah awek, atau masalah diri sendiri. Mereka ini tidak pun gembira dalam hidup mereka, sebenarnya. Lantas, pusat-pusat hiburan inilah destinasi mereka. Mengapa?

Kerana pusat-pusat hiburan ini….mampu menghadirkan keseronokan dalam diri mereka. Keseronokan yang mampu membuatkan mereka senyum dan ketawa. Keseronokan yang membantu meringankan konflik jiwa. Keseronokan yang jelas memadamkan situasi tidak gembira(atau kesedihan) yang mereka sedang alami dalam hidup mereka, walau pemadaman itu cuma seketika.

Baiklah. Dah faham apa beza ‘gembira’ dengan ‘seronok’ kan?

Motif post pasal gembira/seronok

Kerana kini, tiada lagi perkataan’gembira’ dalam hidup aku. Serius dah tiada. Aku dah tak rasa gembira lagi untuk hidup. Patah hati. Jangan tanya mengapa. Aku tak perlu terangkan yang sepanjang hidup aku hanya dipermainkan. Bakat, azam, iman, dan perasaan aku. Semuanya dikecewakan…bahkan dikecewakan oleh orang-orang yang aku sendiri sayangi. Cerita lanjut pasal ketiga-tiga aspek ini nanti aku tulis jika diizinkanNya. Yang utama hari ini, aku tak lagi gembira.

sebuah viva

secebis iman

sekalung perhubungan

seketul beban

~gambar hiasan semata-mata~


Tapi tak bermakna aku tak boleh tersenyum atau gelak ketawa lagi. Meskipun aku tak gembira, tak bermakna aku tak seronok. Macam yang aku terangkan tadi lah. Aku banyak buat benda-benda yang dapat menyeronokkan aku. Contohnya, lepak dengan kawan-kawan. Walaupun tak dapat menggembirakan hidup aku, tapi at least dapat menyeronokkan aku dengan gurau-senda lawak ria mereka. Dengan mereka aku gelak saja..ketawa habis-habisan. Ha ha ha!


Ataupun layan facebook. Jadi seorang stalker. Tak gembira pun, tapi seronok rasanya pabila tengok komen-komen orang, gambar-gambar dia-orang, takpun status yang dia-orang shoot-outkan. Tergelak juga kadang-kadang.

Ataupun layan movie/drama. Tak kisahlah movie/drama Hollywood, bollywood, malaywood, atau koreawood, aku hayati movie/drama tu sedalam mungkin sebab aku akan jadi seronok bila tengok movie/drama tu, seolah-olah aku berada dalam situasi movie/drama itu sekaligus melupakan hidup aku yang tak gembira ini. Seronok.

Juga buat benda-benda yang aku minat seperti main futsal. Tak menggembirakan hidup aku pun, tapi aku sangatlah seronok tatkala men-tackle orang, menggelecek orang dan menyepak bola ke gawang lawan. Aku seronok main one-two dengan teammate, dan bersorak bersama-sama bila gol dijaringkan. Detik berfutsal, sama ada menang ataupun kalah, aku hanya senyum dan ketawa saja…sebab aku seronok bermain.

Buat bisnes pun menghadirkan situasi seronok dalam diri aku. State gembira masih tiada, tapi bisnes membuatkan aku seronok pabila aku mampu belajar dan beramal ilmu yang aku suka. Ilmu yang sesuai dengan kebolehan dan keazaman aku. Tambahan lagi, aku seronok pabila aku boleh produce something. Seronok berkata-kata memotivasikan orang, seronok juga diberi motivasi dan kritikan, seronok lagi bila duit bertambah minggu ke minggu atau bulan ke bulan, seronok pabila bisnes ini mendekatkan diri aku pada Tuhan.

Tak lupa jugak dengan menulis belog. Memang takkan gembira pun hidup aku, tapi aku rasa seronok pabila menulis belog. Sebab di sini aku boleh ekspress apa yang terbuku di hati, pendapat aku dan buah fikiran aku, aku boleh sampaikan banyak benda kpd mereka yang membaca. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberikan manfaat kpd manusia lain. Dan aku seronok jadi sebaik-baik manusia itu dengan berblogging. Dengan blog ini aku seronok bermuhasabah dan berintrospeksi diri.

Begitulah ceritanya. Sekarang ini..aku memang tak gembira hidup sebagai AdzlanSyazni ataupun Abg Chik. Tapi aku seronok dan tak pernah putus urat untuk bergelak ketawa mahupun melemparkan senyuman ikhlas kpd mereka di sekeliling. Ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. Dalam keadaan seronok inilah, aku cuba sedaya upaya untuk bersyukur dengan segala apa yang aku ada dalam hidup ini. . Pernah dengar quote ini, “Hidup ini memang palat…tapi esok masih ada.” Bagi aku pula, hidup ini memang betul-betul palat…dan meskipun esok masih ada pun apa gunanya sebab esok pun hidup masih palat jua.

Tapi aku tetap terus berjuang(walaupun pernah rasa nak mati saja…tapi tak boleh kenangkan banyak dosa) sebab dalam kepalatan hidup ini, masih ada keseronokan yang menceriakan hidup aku. Dan kalau keseronokan itu hilang sekalipun, aku tetap akan terus berjuang sebab pokoknya kita hidup memang untuk berjuang, atau dengan kata lain kita ada tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Selagi hayat di kandung badan, selagi itu tanggungjawab itu perlu dilaksanakan.

Sekalipun kita tidak gembira, mahupun tidak seronok, cubalah sedaya upaya untuk menggembirakan bumi atau menyeronokkan bumi. Dan bumi itu isinya bukanlah pokok hijau atau tumbuh-tumbuhan sahaja, tetapi juga termasuk makhluk-makhluk bernama manusia. Percayalah, hanya itu yang membuatkan aku untuk terus hidup dan berjuang. Mujur Allah berikan kehidupan aku ini dengan sebuah matlamat dan tujuan, kalau tidak memang aku dah tak nak hidup. Moga-moga bakti yang dicurahkan ini akan memberikan bukan syurga semata-mata, tetapi ganjaraan keredhaan Allah, keampunan Allah dan cinta Allah, dan sesungguhnya itulah kegembiraan dan keseronokan hakiki.


Patah hati…namun selagi ajal belum tiba, jangan mati lagi.


Tulus dari hati : Terima kasih tak terhingga buat mereka yang pernah menyeronokkan aku. Dan segala pujian hanya untukNya yang hanya dengan izinNya aku boleh rasa seronok dengan mereka. Terima kasih 1000x. (^_^)


3 comments:

Muhammad Syukri Mohd Shah said...

huhu~ bg aq, nk katekn gumbira itu sumtin yg mmg kite xleyh nk katekn in words. seronok tu pula x kekal. we'll always keep seeing troubles in our lyfe no matter how we tried to avoid them.so kejap kite seronok. kejap lg kite menangis sorg2. this is me. everybody different. :)

anna mujahadah said...

KATA SEORANG PEJUANG ISLAM,
" ketika aku hidup untuk kepentingan sendiri semata, ku merasakan hidupku begitu pendek lagi hina. hidup ini hanya dimulai sejak aku mampu berfikir dan akan berakhir begitu saja seiring usiaku hampir habis. tapi ketika aku mula peduli tentnag orang lain dengan pemikan yang mulia dan risalah yang luhur, mengenai keilmuan, dakwah dan jihad bersama mereka, aku merasakan hidup yang panjang dan sangat jauh, penuh keindahan dan makna"


~jangan cakap enta hepi bila sedih..
~jangan cakap enta OK bila sakit..
~jangan cakap enta BeRani bila takut..
~jangan cakap enta keseorangan bila ana masih hidup..

mehnah tribulasi sunnah perjuangan..

maaf..seribu kali maaf yang tidak akan berakhir bicaraku dengan kalimah maaf....
hanya bicara sebagai azimat yang dapat dikomenkan sebagai penguat semangat..

dari seorang sahabat kepada insan bernama sahabat..
your "sahabat"
~anna mujahadah~

ferumnori said...

syuk>>yup that's right!

annamujahadah>>thanks very much for your support!(^_^)

Rakan Belog

Back to Top