3

NEW MOOD OF THE JOURNEY

Suatu ketika di dalam Lecture Hall, Ahmad Sobri atau lebih dikenali sebagai Berr berborak-borak dgn ak. Ada sesuatu yang dapat aku lihat dari wajah beliau, kerunsingan. Aku tafsirkan kerana kebosanan lecture pada hari itu, dan masalah scholar beliau. Namun di sebalik kerunsingan itu, terselit sebuah impian yang aku rasa hanya beliau dan Tuhan sahaja yang tahu. Di akhir perbualan, Berr katakan beliau ada sesuatu yang ingin diceritakan pada aku. Aku tertanya-tanya “Apabenda weyh??” namun beliau tegaskan bahawa masih belum tiba masanya untuk beliau berbicara akan hal tersebut.

Minggu seterusnya, Berr dan Jenna(rakan sekelas) mengajakku ke sebuah kedai makan bernama Zolaris berhampiran dengan UTP. Aku tidak menolak kerana aku sangat ingin tahu apa yang ingin mereka ceritakan pada aku. Agak-agaknya pasal event kot, ataupun Jenna nak letak jawatan sbg ketua kelas, atau Berr nak pinjam duit aku, atau macam-macam lagi andaian yang aku buat. Sampai di Zolaris, aku diperkenalkan dengan dua orang senior bernama Radzi dan Hillary. Aku pun macam tak percaya nama dia Hillary, sebab muka dia sebenarnya sebijik macam Agent Smith dalam cerita Matrix. Kenapa Hillary??

Kami berbual-bual sambil minum jus buah. Radzi bertanyakan pasal event yang aku sertai dan aku menjawab sambil cuba menyingkap apa sebenarnya yang mereka ingin sampaikan. Kami berborak lagi, dan kali ini Radzi bertanyakan bisnes yang aku buat ketika itu. Aku meneka dalam hati yang mereka ingin ajak aku buat bisnes. Tak mengapa aku dengar dulu sebab aku memang ingin tahu bisnes apa pula yang mereka buat. Nampak macam gempak. Radzi menceritakan pengalamannya dalam bisnes. Macam-macam bisnes beliau dah buat, dan beliau sangat mahir dalam membina laman web. Berr pula hanya diam di tepi aku padahal dia yang ajak aku borak-borak di situ. Sembang punya sembang, aku tak dapat lagi bisnes apa yang mereka sedang lakukan, lantas menimbulkan sejuta tanda tanya dalam otak aku ini. Ohh rupa-rupanya mereka nak ajak aku ke satu seminar di Kuala Lumpur. ‘Seminar Usahawan’ kata mereka. Aku agak tertarik untuk pergi, tapi terfikir pula final exam sudah berada di sekitar penjuru. Adoi!

Setelah dihantar ke KTM oleh pemilik Proton Saga, aku bertolak ke Kuala Lumpur bersama Berr. Dari Batu Gajah, perjalanan ke KL mengambil masa 2 jam dan kami tiba lebih kurang pukul 9.00 malam. Berr bawa aku ke rumah abangnya, dan kami menginap di situ. Esoknya, aku dan Berr pergi ke tempat seminar. Agak jauh, tapi aku tak kisah sangat sebab seminar itu percuma. Dan aku lagi tak kisah apabila seminar itu memberi info yang sangat bermakna bagi aku. Banyak lagi benda yang aku tak tahu dalam perniagaan rupanya. Input-input yang aku dapat dari seminar tersebut sangat menarik. Aku juga diperkenalkan dengan beberapa orang jutawan dan sharing yang mereka berikan cukup menyentuh hati dan perasaan. Habis seminar, ada pula sesi closing oleh senior-senior UTP. Aku agak terkejut apabila mendapati budak batch aku terlibat sama dalam aktiviti ini. Rupa-rupanya, aku terlambat tahu. Ruginya. Kemudian, aku dibawa pula ke sebuah universiti untuk melihat sesi orientasi dengan ramai lagi jutawan-jutawan Malaysia. Sungguh seronok dan sangat bermanfaat! Mesti lebih bermakna kalau kawan-kawan rapat aku turut serta.

Aku tidak dapat menafikan bahawa pengalaman hari itu telah memberi idea perubahan dalam minda aku. Terima kasih, Berr sebab sudi share dengan aku benda syok begini. Aku tahu apa yang aku perlu lakukan selepas ini . Peluang tak datang selalu. Jadi pabila dah dapat peluang ini, aku tahu aku perlu manfaatkannya semaksimum mungkin. Aku berdoa ketika itu supaya azamku itu bercambah dengan usaha tindakan, dan usaha aku nanti harapnya membuahkan kejayaan, dunia dan akhirat. The journey of my life is beginning to turn me from zero to be a hero. Fighting!!! (^_^)

3 comments:

Sang Karipap said...

Lain kali ajak aku plak bro. Hehehe

nurfaiz shaidan said...

Awat exam di sekitar penjuru? Hahaha, lawak2!

ferumnori said...

en karipap>>boleh2..bebila ang free habaq kt aku..hehe...

en NF>>haha...exam is around the corner, dude!

Rakan Belog

Back to Top