2

Mimpi Yang Bukan Mustahil

Alhamdulillah. Lulus test JPJ dengan perasaan yang amat lega. Akhirnya selesai bab ambil lesen(member2 lain sume dah settle!!). Tak payah susah-susah pikir pasal takdak lesen lagi. Hooreyy!! So lepas ni, target nak beli kereta lah. Kereta apa yang best ek??

Mak aku nak MyVi. Orang kata nampak elegan terutamanya jika pemakainya adalah wanita. Betul ke? Harga pun boleh tahan la kot. Kalau nak bajet lagi, beli ViVa. Kecil macam Kancil. Saga BLM? Ataupun, boleh ikut jejak rakan niaga aku yg beli Gen 2 sebulan lepas.

Kalau nak compare, Saga ada 4 gear berbanding MyVi yg ada 3 gear saja. Bonet Saga pun lebih luas. Tapi bila laju, kete jadi goyang. Kena pasang stabilizer bar pulak. Dari segi keselamatan, Saga takde ABS(antibrake system), so jika terbabas agak bahaya sebab stering lock pemandu susah nak mengelak. Airbag kat Saga pun ada satu saja. MyVi plak ada ABS dan dilengkapi 2 airbag, so MyVi is better in term of security. Tapi upgraded version Persona pun ada ABS dan airbag sistem. Harga lebih kurang sama dengan MyVi, but Persona ada kelebihan dari segi ruang dan cc.

Adoi..aku pun tak la mahir sangat bab kereta ni. Basically, asalkan ada kereta cukuplah. Boleh pergi ke mana-mana destinasi dengan mudahnya, terutamanya bila nak jalan jauh. Kereta nasional seperti Proton dan Perodua memang ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tapi, aku cadang nak beli kereta jenama idaman aku dari dulu lagi-BMW-. It is my dream. Jenama-jenama lain macam Toyota, Mazda, AlphaRomeo dan Mercedes-Benz mmg best, tapi bagi aku, BMW ada identiti tersendiri yang tidak dapat ditandingi oleh jenama-jenama lain. It impress me the first time with its very unique logo. Sangat cantik, simple dan menarik. Tapi mahal giler lah harganya. Padanlah...design lawa, spesifikasi hebat, brand equity pun tinggi.

Agak-agaknya dengan hidup mcm sekarang ini, bila ek boleh dapat kereta mahal ni?? 1 tahun lagi, 5 tahun lagi, 25 tahun lagi, atau takkan dapat. Adoi...kalau dapat time dah tua buat apa bukan nak memandu sgt pun. Takdak pekdahnya! Hahaha! Nak cepat...kena la usaha lebih untuk tingkatkan taraf hidup. Ada orang nak jadi engineer, nak jadi doktor, nak jadi businessman dan macam-macam lagi lah. Hmm...cari la jalan macam mana pun, janji halal dan diredhai Allah, serta jalan yang terbaik boleh kita lakukan. Tak perlu nak letak limit dalam otak kita.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Sedikit renungan sbg akhir kata, setiap insan punyai impian tersendiri. Namun untuk mencapai impian itu, perlukan perjuangan. Lumrah dalam perjuangan, pasti ada senang dan susahnya. Apa yang penting, jangan berhenti berjuang. Never give up. Fikirkan cara terbaik, usaha bersungguh-sungguh dan sentiasa tawakkal padaNya. InsyaAllah, apa yang diimpikan pasti jadi kenyataan.

2 comments:

Half said...

beli je pesona...
(leh aku tumpang.. kui3)

ferumnori said...

ha3...
duit pon takde nk pkir kete..

Rakan Belog

Back to Top