Syukur Alhamdulillah, income aku setelah 2 minggu menyertai mereka sudah mencecah RM1856.00 sekaligus pulang modal. Sikit je income tu kalau nk compare dgn orang lain.Aku sangat-sangatlah tidak menyangka bahawa aku mampu mencapai pendapatan sebegini, dalam masa 2 minggu sahaja. 4 kali ganda scholar utk sebulan kot! Syukur sgt2, dan ribuan terima kasih kpd biz-partner yg sentiasa mengajar, membimbing dan memberikan bantuan kpd aku dalam perjuangan ini. Tanpa restu Illahi dan bantuan kumpulan Fighters, sukar untuk aku bergerak pantas dalam perniagaan ini.
Kini aku sedang sibuk membantu biz-partner aku mengembangkan rangkaian mereka. Setidak-tidaknya, itulah tugas utama aku dalam kumpulan ini. Aku telah berjaya menjadi core-leaders, dan sebagai seorang ketua sudah tentu aku wajib memantau dan membimbing my people supaya suatu hari nanti mereka juga akan menjadi leader seperti aku. Inilah yang dinamakan duplikasi. Kalau dulu, upline akulah yg merupakan leader kpd aku. Mereka mengajar dan menurunkan ilmu network marketing kpd aku, namun kini aku pula yg menjadi leader kpd downline aku. Aku pula yg mengajar dan menurunkan ilmu kpd downline aku. Secara optimistic, aku pasti mereka juga bakal menjadi leader dan akan melakukan perkara yg sama kpd downline mereka pula. Hebat!!
Ada orang salah faham benda ni hanya bagi kekayaan pada orang atas, tetapi hakikatnya bukan begitu. Pendapatan aku sendiri sudah jelas melebihi pendapatan upline aku. Dan seorang downline aku yg sgt berpotensi juga dlm perjalanan utk menjana income yg lebih byk drp aku. Tak apa lah…siapa usaha lebih, dia layak dapat lebih!! Kenyataan mereka ternyata salah dan negatif semata-mata. Sengaja nak tuding jari tanpa menyiasat perkara sebenarnya. Lagi tak leh blah pabila mereka turut mengecam bahawa bisnes yg aku jalankan ini ada unsur syubhah. Padahal, terang-terang bisnes yg aku jalankan ini dah dapat Sijil Pengesahan dan Kepatuhan Syariah. Nak dapat sijil tu bukan senang, tak semua syarikat boleh dapat. Sebab syarat dan guideline yg perlu dipatuhi sgt ketat dan teliti dari pihak yg arif dalam hal demikian. Jadi, siapa mereka tiba-tiba nak pertikaikan halal haram sesuatu perkara?? Ilmu pun masih cetek…berlagak alim lah tu kononnya! Adoi…tak kisahlah apa mereka nak kata. Moga-moga Allah buka pintu hati mereka suatu hari nanti.
Bisnes ini bukanlah bisnes yg bila kita join, terus boleh jadi kaya. Dlm network marketing ini, aku perlu bermula dari bawah. Dengan ilmu yg kosong dan pengalaman yg cetek, aku mesti belajar dan berusaha mengembangkan rangkaian, sehingga aku mampu bergerak ke atas menjadi seorang leader. Secara tak langsung kualiti diri aku telah banyak meningkat ketika menyertai bisnes ini. Aku semakin sedar, kita tidak mengejar duit semata-mata[biar duit yg mengejar kita], tetapi apa yg kita peroleh dari bisnes ini merupakan sesuatu yg lebih bernilai. Experience the real reality of life. You improve yourself, and you improve the others. The road you have taken taught you more than the destiny.
Pesanan aku untuk rakan-rakan niagaku dan diriku sendiri, sentiasa tingkatkan ABC dalam usaha kita. Attitude, believe and commitment. Perkara itu lah kunci kejayaan dalam bisnes ini, dgn izin Allah. Dan jgn lupa utk berdoa pada Allah Yang Maha Esa. Lambat atau cepat rezeki kita, Allah jua yg tentukan. Never give up, and strive our best, then Allah will do the rest!! Bertemu kita di angkasa kejayaan!!(^_^)
Posted by



1 comments:
thank you lan..
Post a Comment