Result dah keluaq. Keputusannya agak memberangsangkan. Walaupun jauh di sudut hati mengharap pointer yg lebih tinggi, aku patut katakan bahawa aku berpuas hati dengan result yg aku dapat. Berbaloilah dengan apa yg aku usahakan selama ini. Sepadanlah dengan apa yg aku jawab dalam exam dulu. Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah. Ya, bersyukurlah dengan segala apa yang telah diberikan kepada kita. Seringkali orang cakap benda ini. Namun, fahamkah kita apa maksud sebenar syukur itu?
Adakah syukur itu maksudnya sekadar mengucapkan
“Alhamdulillah” sahaja tanpa melakukan apa-apa?
Kalau kita bersyukur dengan diri kita sebagai seorang muslim, kita bukan sahaja perlu mengucapkan kalimah “Alhamdulillah” semata-mata. Sebaliknya, bersyukur kita itu adalah apabila kita berusaha menjadi seorang muslim yang baik. Kita lahir dalam agama Islam, maka bersyukurlah dengan nikmat Islam itu dengan menjalani kehidupan juga dengan apa yang agama Islam sarankan. Laksanakan perintah Allah, jauhi laranganNya.
Mari lihat contoh berikut. Kita dikurniakan sepasang mata, sepasang telinga,dan mulut. Untuk bersyukur dengan nikmat pancaindera ini, tak cukup jika sekadar mengucapkan “Alhamdulillah” sahaja. Kita hanya dikatakan bersyukur pabila kita menggunakan segala nikmat tersebut ke arah jalan yg diredhaiNya. Contohnya, mata digunakan untuk melihat keindahan alam sambil berfikir tentang keagungan Allah. Telinga pula digunakan untuk mendengar perkara-perkara yg baik seperti tazkirah dan ceramah. Bersyukur dengan mulut pula sudah tentu apabila mulut itu digunakan untuk bercakap perkara-perkara yg baik dan menyebarkan kebaikan kpd orang ramai atas jalan dakwah. Itu maksud sebenar bersyukur.
Aku pasti ramai rakan-rakan yg sedia maklum bahawa Al-Quran menyatakan manusia ini diturunkan ke bumi untuk menjadi khalifah lalu mentadbir bumi. Apa itu khalifah? Khalifah ialah pemimpin, yakni setiap insan yg hidup di dunia ini ditugaskan untuk menjadi pemimpin. Maka tak perlu diragukan lagi bahawa setiap dari kita ada telah dikurniakan sifat kepimpinan dalam diri kita. Cuma yg berbeza bagaimana kepimpinan dalam diri kita itu dibentuk dan diacu sepanjang perjalanan hidup kita. Lantas, ada yg menjadi perdana menteri, presiden persatuan, ketua kelas, dan bermacam-macam lagi jawatan tinggi. Bagaimana pula dengan yg lain?
Pemimpin itu perkara yg subjektif. Allah kurniakan kepimpinan dalam diri kita supaya kita memimpin orang lain ke jalan kebaikan, dan setidak-tidaknya memimpin diri sendiri. Kalau tak boleh jadi ketua orang lain, ketuailah diri sendiri. Jadi pemimpin utk diri kita sendiri. Jangan biar diri kita dikawal oleh nafsu dan hasutan syaitan. Usahakanlah untuk memimpin diri sendiri ke jalan kebaikan.
Seorang insan yg cukup pancainderanya hanya mengucapkan “Alhamdulillah”, tetapi melihat video lucah, mendengar muzik yg melalaikan dari mengingati Allah, dan menyebarkan fitnah,mengumpat serta mencaci orang lain…..adakah itu yang kita katakan bersyukur? Atau orang yg ada keupayaan memimpin dan menolong orang sekelilingnya, namun hanya berdiam diri dan membiarkan orang lain menderita kesesatan dan kemiskinan…..adakah itu yang kita katakan bersyukur. Sudah tentu jawapannya “Tidak!”. Insan itu bukanlah hamba Allah yg bersyukur atas nikmatnya, kerana dia tidak menggunakan nikmat yg dikurniakan itu ke jalan kebaikan yg diredhai Allah. Justeru, adakah kita...seperti insan tersebut? Kalau ya, segera taubat nasuha dan marilah jadi insan yang benar-benar bersyukur. Wallahu'alam. (^_^)
Posted by



2 comments:
nice article lan.=)
doa2 kn lh kita tetap istiqamah menjadi orang-orang yang bersyukur. ^^
insyaAllah begitulah harapnya..
(^_^)
Post a Comment