0

KAJANG

Adoi..letih betul! Baru balik dari Kajang setelah menginap di rumah member, iqbal yg berwajah ala-ala fahrin ahmad. Disertai oleh 2 rakan lagi iaitu azam dan hazim, we spent some enjoyable time together in Kajang. We've done so many things...letih...tapi seronok! Dan satay kajang pula sangatlah sedap!! Thanks a lot to iqbal and his family! (^_^)

Minggu ini beratus-ratus lagi ringgit malaysia masuk akaun. Syukur alhamdulillah. It's a very good progress. Kelmarin, banyak juga input yg aku peroleh dari kelas usahawan. Pakar motivasi ajar kitorang pasal pelbagai teknik dalam communication skills yang sememangnya bermanfaat untuk diaplikasikan bukan sahaja dalam bisnes ini, bahkan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan professional. Menarik!

Ahaks...apa guna ilmu kalau tidak dikongsi bukan? Orait.. gambarajah ini merumuskan secara basic apa yg aku peroleh daripada majlis ilmu tersebut. Hehe! Semua aspek ini sangat penting dalam communication. Dengan menguasai semua aspek ini, kita mampu menjadi effective leader yang memahami dan bersolusi tentang masalah orang-orang di sekelilingnya.

Jutaan terima kasih kpd top income earner, en faiz yg sudi datang ke office for sharing session. Kisah beliau cukup hebat dan berjaya memotivasikan para hadirin yg hadir pada hari itu. Beliau bermula cukup payah, tapi berkat kesabaran dan keikhlasan dalam bisnes ini, kini beliau sangat berjaya dan bergaya dengan BMW 5 Series beliau. Hebat!! Sharing dari teknokrat syarikat Petronas dgn pengalaman 30 tahun bekerja, juga cukup berkesan dan memanfaatkan terutama buat bakal-bakal engineer seperti aku dan rakan-rakanku yg stadi di UTP. Yeah!

Selain kemenangan Spain dalam Piala Dunia, minggu ini turut menjadi sejarah bagi aku pabila aku telah dianugerahkan sebuah pin dari pihak syarikat atas kejayaan menjadi core leaders dalam bisnes ini. Kecil je pin tu..tapi it means a lot to me. Penghargaan sebegitu sememangnya memberikan semangat untuk aku terus mara ke hadapan dan ia cukup memotivasikan rakan-rakanku. InsyaAllah, kita lalui susah senang suka duka dalam perjuangan ini bersama-sama, dan kejayaan pasti milik kita. =)

Ahaks...dalam kesibukan bisnes hensem ini, risau juga bila mengenangkan result final exam yg sudah hampir keluar. Entah macam mana lah keputusannya, harap-harap ok lah. InsyaAllah....tawakkal saja pada Allah, kan? Apa pun, aku sangatlah bersyukur kerana aku diberikan peluang untuk menimba pengalaman yg tak ternilai besarnya sepanjang waktu cuti ini. Dugaan yg datang secara tak langsung mengajar aku supaya sentiasa kembali kpd Allah dalam setiap perkara. Dekatkan hati kita padaNya, nescaya hati pasti tenang walau apa jua rintangan yg dialami.

Sabda Rasulullah S.A.W, " Siapa yg banyak mengingati Allah (zikir), Allah menyayanginya."
(Riwayat Dailami dari Aisyah r.a.)


Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Allahuakbar.
Zikir dgn kalimah ini dan hayati maksudnya,
tentu kau rasa diri itu disayangi olehNya.
Seronok, kan dapat kasih sayang sejati dan abadi?? (^_^)

0 comments:

Rakan Belog

Back to Top