.:ABG CHIK:.

~~~the only thing that's worse than one is none~~~

Blogger Templates by Blogcrowds

...Datanglah Sayang...

Saturday, December 19, 2009

Dah setahun masih begini.
Bilakah masanya untuk tidur dengan tenang tanpa mimpikan dia.


Aku nak kembali ke zaman kanak-kanak. Bermain-main tanpa sebarang rasa risau. Selalu selamat.

Aku nak kembali ke sana ketika aku berumur 9 tahun. Berlawan dan bergaduh lalu berbaik semula. Tak merajuk lama-lama. Mintak maaf dan gelak ketawa.

Aku nak kembali ke tingkatan satu. Memulakan hidup remaja dengan kawan-kawan dengan penuh suka duka. Kawan lama kawan baru semuanya sama. Balik rumah tak ingin sendiri nak lukis komik lagi. Dan aku nak mengalah dengan dia.

Aku nak kembali ke tingkatan tiga. Suka riang yang hadir ketika kesunyian. Senyuman ikhlas paling lebar, gelak tawa paling kuat. Saat bersama break the rules. Rasa bebas dan seronok yang amat. Bersemangat untuk hidup buat pertama kalinya. Tak ingin jadi krelboyne yg pelik. Merasai kemuncak Kuala Lumpur yang penuh ceria.

Aku nak kembali ke waktu tingkatan empat. Tak mahu gaduh pasal hawa lagi. Ingin honeymoon dengan kawan-kawan. Face to face mana main mesej-mesejan.

Aku nak kembali belajar di tingkatan 5. Hidup tanpa cinta. Memang aman dan tenang. Menjadi diri aku yang sebenar. Potensi diri menyerlah menonjol. Berjuang sehabis baik. Walau tika duka, sokongan yang ada membuatkan diri tetap gembira.

Aku nak kembali ke awal bulan satu tahun 2009. Pikir sehabis baik nak sambung belajar ke UTP atau tidak. Buat keputusan yang paling bernas...tanpa dipengaruhi oleh dia.


Kini, senyuman itu hadir sekali lagi tapi hanya utuk disakiti.


Hmm.........


.Everybody wants a second chance.


QUEEN

Sunday, December 6, 2009


Ak bjaya abiskan semester 2 kat utp. Alhamdulillah. Final exam?? Jawab je la...taktaw la cmna t. Ak dah tulis pa yg ak taw. Redha saja la...hopefully ok dan bleh smbung degree next year. Anyway....rupanya dah dekat setaun aku merasa life universiti nih. Macam-macam pengalaman. Banyak benda dah jadi, banyak benda dah berubah. Aku pun berubah ke??? Entahla...but I'm satisfied with my life now. Syukur saja la. Even though ada banyak jugak benda yang buat aku upset.

Hidup kena buat pilihan. Nak tak nak, kena pilih jugak. Kalu tak, camne nak bergerak. Persoalan betul atau salah , tak boleh ambil kisah sangat. Sebab, tindakan kita setelah memilih pilihan itu yang akan menentukan pilihan itu tepat atau tidak. Kalau kita pilih untuk membaca buku tapi ilmu dalam buku tu satu apa pun kita tak paham, kan sesuatu yang upset camtu?? Kalau kita pilih untuk menonton televisyen lalu kita mendapat keseronokan dan pengajaran dari tayangan itu, kan sesuatu yang lebih bermanfaat?? Pokoknya, kita mesti menganalisa setiap consequences yang berlaku untuk membuat pilihan. Baik atau buruk pilihan , aku rasa kita sendiri yang tentukan. Tapi, kalau tersalah pilih macam mana???

Aku...selalu sangat buat pilihan yang salah. Seriously rasa menyesal dan upset. But life goes on. Time will never come back. Mana boleh dapat peluang kedua. Jadi nak buat apa?? Bunuh diri semestinya bukan penyelesaian terbaik. Aku tak boleh nak buat apa-apa pun....cuma cuba adapt dengan pilihan yang tersilap tu. Sesuaikan diri dengan surrounding pilihan itu. Try to laugh and be happy with it. Walaupun deep inside sangat terluka, cheer up the face. Sebab yang hidup kt dunia ni bukan aku seorang saja, tapi famili dan kawan-kawan aku sekali. Yang Maha Esa juga sentiasa memerhati. Memang la sedih..tapi mana boleh hidup sedih sentiasa.

Thanks very much to my family and my friends. Its hard to live without their support. Famili yang menyokong dari awal sampai habis. Kawan-kawan yang memahami dan mengerti. Yang menemani aku utk hidup, yang tahu aku upset lalu cuba cheer me up, yang sudah masak tentang how my style will be, yang boleh agak apa aku akan buat lepas ni, yang sangat faham apa yang aku rasa, yang membimbing aku untuk menjadi less-sensitive, dan yang selalu jadi tempat luah rasa lepas geram. It's good to have this kind of life. Most thanks to Him, Allah Tuhanku yang satu. Always with me and makes me never feel alone. Alhamdulillah.

Orang cakap aku salah buat pilihan. Tak kisah pon sebab dalam nampak lemah ini, aku suka. Haishhh...Manusia ni bermacam-macam ragam. Ada yang aku suka ada yang aku tak suka. Tapi bila pikir balik siapa la aku untuk suka tak suka. Nak buang habit suka tak suka ni tapi tak boleh. Aku tak suka jugak. Sikap manusia yang mengecewakan....mementingkan diri, mengambil kesempatan dan mementingkan kulit semata-mata. Berlagak macam perfect. Ya mungkin dia perfect...but why dia act like everybody must perfect like dia?? Menghina.....sama ja macam perangai Israel hina Islam sebenarnya. Malah lebih teruk sebab ada orang kata kalau kita hina sesuatu masakan, maksudnya kita menghina pemasak masakan itu. Betul aku setuju, walaupun bukan niat untuk menghina pencipta. Mana ada orang berniat nak langgar tahi ketika memandu kereta. 1,2,3,4. Sanggup berbahagia atas penderitaan orang lain. Asalkan diri bahagia buat apa nak kisah orang lain, kecuali mereka ini bawa kepentingan untuk diri. Mana boleh berkorban untuk orang. Kalau orang berkorban utk kita, terima kasih cukup la. Bukan diminta untuknya berkorban pun. 1,2,3,4,5. Nampak dia macam baik dan naif, boleh mintak macam-macam. Overrate diri sendiri. Buat mungkar sikit-sikit tak apa sebab solat cukup lima waktu. Overrate diri sendiri. Haiii......manusiaaa-manusiaaa. (aku pun manusia jugak!) Adakah kita perlu memilih dalam berdakwah??Adakah kita perlu memilih dalam berkawan??Adakah kita perlu memilih dalam bercinta?? Kalau pilihan kita orang asyik kutuk, mestikah kita kisah?? Ya.....walaupun sebenarnya pilihan itu pilihan yang tepat. Manusiaaaa---ooo---manusiaaa. Suka pikir apa orang lain cakap, taknak pikir apa yang Dia anggap. (aku pun manusia jugak!)



Apa-apa pun, hidup dengan cinta memang sucks! Aku la...orang laen taktaw camna. Love makes me weak. Sheeet! Bukan aku nak pun, love yang datang tiba-tiba. Lari dari cinta?? Mana boleh...nanti dia datang jugak. So, face the love and defeat it. Baru betol gentleman. Cis! Tak suka cinta.




p/s : Kalau kau faham semua ini, tulus dari hatiku---terima kasih!! Kerana sesungguhnya aku hanya merepek semata-mata. Hahahaha!

~Temporary Post~

Friday, November 27, 2009




TRANSCEND 2.5" PORTABLE HARD DRIVE
.one touch backup. shockproof. slip-resistant
(STOREJET 25M)